Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan

14 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2025, Khamis, seramai tiga orang peserta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Webinar NADI Nurture – eKelas Usahawan yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Zoom Meeting telah digunakan sebagai platform penyampaian webinar tersebut.

Tujuan webinar ini adalah untuk meningkatkan keupayaan digital dan meluaskan perniagaan usahawan mikro. Melalui webinar ini dapat membantu usahawan mikro untuk menguasai pemasaran digital dan meningkatkan pendapatan perniagaan mereka secara efektif setelah mereka mempelajari strategi pemasaran digital, teknik fotografi dan visual branding, copywriting dan storytelling serta merancang dan mengukur impak perniagaan mereka.

Diharapkan dengan adanya webinar seperti ini dapat membantu usahawan mikro untuk meluaskan perniagaan mereka ke arah digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali